Saya, selepas sahaja susun barang-barang tersebut, terusan sahaja tidur (cerita semalam).
Pagi esoknya.
Pukul 5 pagi, mata saya dah terang benderang.
Jadi, apalagi, mengemaslah apa yang patut.
Pukul 6.30 pagi, pergi cari roti canai.
Pukul 7.30 pagi, dah sampai rumah kembali.
Jiran-jiran? Nan ado yang bangun. Mungkin ambil berkat hari Ahad.
Tak macam untie-untie di Jaya Gading, pukul 6.30 pagi tadi, dah berpeluh bertaichi.
Bukan skeptik ya.
Pukul 10 pagi, saya sedang mengemop lantai rumah.
Pukul 10 pagi juga, lori anney jual ikan, berhenti depan rumah.
Pukul 10 pagi ini, makcik-makcik akan mula bersidang sehingga pukul 11 pagi.
Itu yang saya lihat dan tahu.
“Semalam, budak bujang tu ha, beli tv segala”
Terhenti saya sedang mengemop.
“Itulah, aku ngintai semalam. Nengok, banyak juga barang dia”
Saya, memasang telinga.
“Barang, barang dari Johor kot. Kaya juga budak tu ya”
Saya dah ketawa. Kaya kebendenye kalau pakai kap chai.
“Eh, budak tu dah kahwin kot!”
Ada pula yang menjawabnya.
“Suami aku tanya, dia kata belum kahwin. Mula-mula dia kata nak offer lah anak sedara dia. Tapi last-last tak nak pula”
Saya kerut dahi.
“Katanya dia tu, pencuci tandas”
Saya dah meleleh-leleh air mata ketawa.
Sebenarnya, hari tu. Suami akak yang sorang tu tanya, saya kerja apa. Saya jawab, tinggilah sikit dari pencuci tandas. hahah, dia dengan pencuci tandas….
Tags: pencuci, makcik, bual, cerita, geli hati